Usahawan pencuci mulut, Kieda Crepe akui silap tidak selidik terlebih dahulu sebelum menggunakan logo Ultras Pahang atau lebih dikenali Elephant Army tanpa kebenaran. Siti Nur Khalieda Yusra atau Kieda, 27, berkata demikian selepas ditegur oleh warganet di platform Facebook miliknya. Menurut usahawan yang juga personaliti media sosial itu, adalah tidak mengapa sekiranya pihaknya menggunakan logo tersebut kerana tidak tahu ia sudah didaftarkan.
Kieda bagaimanapun akui silap kerana menggunakan logo berkenaan pada baju siri jelajah ke Pahang tanpa selidik. “Takpa bang, kita pun tak tahu logo tu berdaftar. Maaf, silap kita (pihak Kieda Crepe). Kami salah sebab tak study habis,” katanya. Apa yang menarik perhatian apabila Kieda dilihat cuba bermain dengan sentimen bangsa untuk mengelak daripada disaman.
“Kalau abang suka sesama Melayu kena saman, kita tak berdaya buat apa. Tapi kalau sama-sama melayu boleh berdoa untuk semuanya jadi baik, Allah permudahkan urusan bang,” komen Kieda kepada salah seorang warganet.
Difahamkan, pada tahun 2018, Elephant Army telah pun mendaftarkan logo tersebut bersama Perbadanan Harta Intelek Malaysia sebagai cap dagangan yang sah dan menjadi suatu kesalahan jika pihak luar menggunakannya tanpa izin. Susulan itu, Elephant Army tampil dengan kenyataan rasmi dan memaklumkan terdapat pihak tidak bertanggungjawab telah menggunakan logo mereka.
“Ini bagi mengelakkan terjadinya salah faham dan usaha pengambilan untung yang berlawanan dengan prinsip kami. Kami amat menitikberatkan integriti simbol-simbol yang mewakili kami dan kami ingin menjelaskan tidak ada sebarang kerjasama antara jenama tersebut dengan pihak kami. Ingin kami tegaskan bahawa logo Elephant Army telah didaftarkan secara rasmi sebagai cap dagangan di bawah perbadanan harta intelek Malaysia. Proses pendaftaran ini adalah untuk melindungi hak cipta dan memastikan bahawa logo ini hanya digunakan dalam konteks yang sah dan dengan kebenaran pihak Elephant Army.
Hak Cipta adalah hak eksklusif yang diperuntukkan di bawah undang-undang untuk satu tempoh masa tertentu kepada pencipta karya untuk mengawal penggunaan karya mereka. Perlindungan hakcipta di Malaysia adalah berasaskan kepada Akta Hakcipta 1987. Kami ingin menasihati kepada mana-mana pihak agar tidak menyalahgunakan logo kami samaada sengaja atau tidak sengaja kerana menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 38, Akta Cap Dagangan 1976 dan boleh diambil tindakan oleh pihak KPDNKK,” menurut kenyataan rasmi Elephant Army, hari ini.
Apa pun, diharapkan kedua-dua belah pihak dapat menyelesaikan masalah dan orang luar lebih peka sebelum menggunakan sebarang logo. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.