Nenek kesal pemilik kebun gantung tepi pagar yang membolehkan dua orang cucunya, Muhammad Akil Syauqi Abdul Rahman, 3, dan Muhammad Luth Syauqi, 2, kritikal. Dua beradik itu dilaporkan teruk selepas makan makanan ringan yang disyaki mengandungi racun di kawasan kebun di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, Kulim, Kedah, semalam.
Menurut nenek, Saadiah Yaacob, 62, pada mulanya, dua beradik itu mengikut datuk mereka, Muhammad Nazar Abdullah, 53, mencari lembu di kebun tidak jauh dari rumah. Katanya, tidak lama selepas itu, dua beradik terbabit kelihatan seronok membawa dua bungkusan makanan ringan yang diikat dengan tali ketika pulang ke rumah.
“Saya sangkakan ada orang bagi makanan ringan itu kepada mereka kerana nampak mereka seronok sangat sebelum saya keluar ke kebun getah berhampiran. Waktu tu saya tak nampak mereka makan kerana dua beradik itu terus masuk ke dalam bilik ibunya yang ketika itu sedang tidur kerana baru pulang kerja malam,” katanya. Tidak lama kemudian, dia ternampak ambulans masuk ke kawasan rumah dan jiran memberitahu dua cucunya telah pun dibawa ke klinik oleh jiran.
Katanya, pada ketika itu dia tidak tahu apa-apa sebelum teringatkan makanan ringan yang dibawa pulang oleh dua cucu yang dipercayai diambil dari pagar kebun rumah penduduk berhampiran. “Saya nampak dua bungkusan makanan ringan itu sudah terbuka di bahagian tengah dan hanya tinggal baki tiga keping dan mengesyaki mereka sudah makan keropok itu,” katanya lagi.
Sementara itu, ibu kepada dua kanak-kanak itu yang juga menantunya Saadiah, Norain Hasnulrizal, 25, memberitahu, dia terkejut apabila melihat anak keduanya menggelupur seperti diserang sawan manakala, si abang pula lemah dan muntah Katanya, dua cucunya kini sedang dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) dan keadaan mereka agak kritikal dan hanya menggunakan mesin bantuan pernafasan.
“Saya hanya berdoa kedua-dua cucu beransur sihat kerana sayalah yang menjaga sejak mereka lahir dan membesar dengan kami di sini. Saya agak kesal dengan apa yang berlaku kerana pemilik kebun itu menggantung makanan ringan itu di tepi pagar berdawai di tempat yang rendah dan mampu dicapai dua cucu,”luahnya.
Datuk kepada dua beradik, Muhammad Nazar berkata, racun dalam keropok itu berkemungkinan bukan racun tikus, sebaliknya ia racun yang lebih kuat yang yang sering digunakan penduduk berhampiran bagi memerangkap monyet. Ujarnya, keropok yang mengandungi racun itu perlu diletakkan di tempat selamat dan bukannya dibiarkan tergantung di situ.
Dalam perkembangan lain, Norain Hasnulrizal memberitahu doktor tidak dapat beri harapan terhadap pemulihan anak sulungnya, tetapi akan mencuba yang terbaik. “Doktor mengatakan pada masa ini, mereka tidak dapat lakukan rawatan pada buah pinggang Muhammad Akil Syauqi berikutan keadaannya tidak stabil. Tekanan darahnya juga rendah dan jika rawatan dibuat, keadaan buah pinggangnya bertambah ‘teruk’,” kata Norain.
Mengenai perkembangan anak kedua, Muhammad Luth Syauqi dilaporkan masih koma. “Dia sudah menjalani imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) hari ini dan masih koma. Pada masa ini fikiran saya masih buntu, namun saya mohon supaya orang ramai supaya mendoakan kesembuhan kedua-duanya,” katanya yang juga operator kilang.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.