Baru baru ni tular video Nonny Nadirah botakkan kepala, Mila jirin kongsikan keadaan terkini kawan baiknya

Susulan video memperlihatkan pelakon dan penyanyi Nonny Nadhirah membotakkan kepala, penyanyi Mila Jirin tampil mendedahkan situasi yang berlaku terhadap rakan baiknya itu. Memetik laporan Gempak, Mila berkata Nonny dalam keadaan baik sahaja selepas menghubunginya beberapa jam yang lalu, namun dia enggan mengulas lebih lanjut mengenai tindakan penyanyi tersebut.

Tambah Mila, dia yakin rakan baiknya itu ada sebab tersendiri memuat naik video sedemikian. “Saya dah tiada kata nak katakan apa-apa. Nonny dah dewasa dan sudah boleh menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Saya yakin Nonny mesti ada sebab kenapa memuat naik video tersebut. Kali terakhir saya berhubung dengan Nonny beberapa jam yang lepas, she is good and she is happy,” kata Mila. Dalam pada itu, Mila sempat berkongsi idea dan kata-kata semangat bersama Nonny memandangkan rakan baiknya itu sedang mengusahakan perniagaan dalam talian.

“Saya berkongsi idea dengan dia dan memberikan kata-kata semangat tentang perniagaan online yang dijalankan sekarang ini. Saya yakin, ramai yang mendoakan Nonny. Saya juga tak terkecuali mendoakan yang terbaik pada Nonny,” ujarnya. Semalam Nonny mengejutkan ramai pihak selepas bertindak memuat naik sepotong video memaparkan dirinya dengan imej botak. Malah, penyanyi itu turut bertindak membuka baju dan dipercayai hanya memakai pakaian dalam sebelum bertindak memotong rambutnya menggunakan mesin pencukur.

Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *