Idam kan lelaki yang tinggi, Nonny Nadirah dedah status terkini masih tunggu jodoh yang tepat

Pelakon dan penyanyi Nonny Nadirah idam lelaki tinggi disamping dedah masih menunggu jodoh yang tepat buat dirinya dan yakin dengan ketentuan daripada-Nya. Menerusi satu hantaran di InstaStory, Nonny atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin telah berkongsi berkenaan status terkininya. “Status terkini saya, single dan janda. Tapi maaf, tak availabe,” tulisnya.

Dalam pada itu, Nonny turut berkata dia sedang menunggu jodoh yang terbaik daripada Allah SWT disamping memberikan ciri-ciri jejaka idamannya. “Saya sedang menunggu ‘putera’ saya daripada Allah. Nak yang tinggi cecah julang ke langit! Saya percaya dengan doa. Tak dapat kat dunia, Allah pasti bagi hadiah kat akhirat,” ujarnya. Pada hantaran yang sama, pelakon berusia 34 tahun itu turut meluahkan rasa kesal terhadap golongan lelaki yang sentiasa menyalahkan pasangan mereka.

“Dulu saya selalu terkena, asyik saya je yang nakal. Sekarang, lelaki…. saya simpan komen saya. Jangan asyik cari point, bini/isteri je yang salah eh. Tolonglah eh,” luahnya. Terdahulu, nama Nonny menjadi bualan hangat selepas membuat beberapa hantaran menerusi Instagramnya yang mana ia memaparkan perbuatan yang kurang enak dipandang.

Pada hantaran pertama, Nonny telah memuat naik video memaparkan aktres itu membuka baju dan membotakkan kepalanya sendiri tanpa menjelaskan punca dia mengambil tindakan itu. Tidak cukup dengan itu, Nonny juga memuat naik video memaparkan aktres itu tidak memakai sebarang pakaian selain tuala di dalam sebuah bilik gelap. Nonny yang membelakangi kamera itu kemudian membuka tuala lalu membuat gerakan seakan-akan sedang menari sebelum memakai semula tuala itu.

Sekadar info, Nonny pernah mengejutkan orang ramai apabila memaklumkan perkahwinan yang dirancang bersama kekasih yang juga pelakon Niezam Zaidi dibatalkan namun pasangan itu tidak mendedahkan punca pembatalan. Sebelum ini, Nonny pernah mendirikan rumah tangga bersama Mustain Adnan pada 2018 namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama setahun. Sumber: Omm.

PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.