Tular video pelancong buat mukbang makan kulit durian cecah sambal, sekali ini pula komen warganet

Satu perkara yang seronok kalau kita tengaok content pelancongan di media sosial ini adalah melihat pelancong mencuba pelbagai makanan di sesebuah negara. Nak dipendekkan cerita, seorang TikToker yang sering berkongsikan juadah makanan ketika dia merantau ke pelbagai negara ini menerima komen daripada warganet yang memintanya mencuba makan buah durian. Klik sini untuk lihat video.

Saranan daripada warganet itu mendapat perhatiannya dan dia memberikan respon dalam satu video menunjukkan dirinya memakan raja buah itu. Bagaimanapun, cara TikToker yang dikenali sebagai Gamiya Travel ini begitu pelik kerana memakan kulit durian tersebut yang dicecah bersama sambal. Dalam masa 5 hari ia dimuat naik video yang telah meraih lebih hampir 4 juta tontonan itu telah menarik perhatian netizen terutamanya dari Malaysia. Pastinya mereka rasa terkedu melihat kelakuan lelaki ini.

Kalau diperhatikan mungkin ia hanya content semata-mata je kot, sebab bila min scroll profile dia ada je video aneh lain dia buat, macam makan aloe vera, makan beras dan macam-macam lagi, Cuma tu lah, kulit durian tu kan tajam. Risau! Sumber: Lobak Merah.

PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.