Tampil dengan imej berhijab lepas balik dari Haji, penampilan terkini Ozlynn dapat pujian dari warganet

Pelakon Ozlynn yang kini tampil dengan imej berhijab selepas kembali dari Tanah Suci Mekah telah berjaya tarik perhatian ramai. Bukan itu sahaja, kebanyakkan perkongsian Ozlynn atau nama sebenarnya Rozlinawaty yang dimuat naik di laman Instagramnya memaparkan dirinya mengenakan hijab sehingga undang pujian dalam kalangan peminat.

Perubahan itu dapat dilihat ketika pelakon terbabit diundang sebagai tetamu sebuah program hiburan selepas pulang dari mengerjakan ibadah haji, baru-baru ini. Malah, ramai yang memuji Ozlynn yang juga isteri pelawak dan penyampai radio popular, Johan kelihatan lebih muda daripada usia apabila memakai hijab.

Sekadar info, Ozlynn kini memilih menjadi pengurus suaminya sebaik sahaja mendirikan rumah tangga namun, masih ramai peminat mengikuti perkembangan ibu enam anak itu. Ozlynn dan Johan berkahwin pada 25 Julai 2009 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan enama cahaya mata.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.