Bergurau dengan bagi tarikh tunang, Ruhainies harap tiada yang cemburu dengan teman lelaki ketiganya

Pelakon sensasi, Ruhainies bergurau beri tarikh bertunang menerusi Insta Story miliknya apabila berkongsi gambar bersama penerbit drama terkenal, Fadzil Teh. Menerusi kapsyen yang disertakan, pelakon itu memberitahu bahawa penerbit berkenaan adalah ‘teman lelaki’ ketiganya dan berharap agar tidak ada yang cemburu dengan perkongsian tersebut.

Dia yang terlihat ceria mengatakan yang tarikh bertunang mereka adalah pada 31 Februari tahun hadapan dan menjemput semua untuk hadir ke majlis tersebut. “Ni bf no.3 pula. Harap yang ini tak ada yang jealous.  Majlis bertunang akan berlangsung pada 31/2/2025 jemput hadir,” tulisnya dengan menyertakan emoji tersenyum. Gurauan tersebut boleh jadi rentetan daripada dakwaan bertunang dengan seorang aktor kelahiran Singapura susulan tularnya rekaan kad jemputan majlis pertunangan di media sosial baru-baru ini.

Dia yang menafikan dakwaan tersebut telah memberi amaran kepada syarikat penerbitan kad berkenaan supaya menurunkan contoh rekaan grafik mereka dari Instagram memandangkan telah menggunakan namanya serta Aliff Aziz sesuka hati. Terdahulu, nama Ruhainies telah menjadi sebutan ramai sejak Mac lalu susulan kejadian tangkap khalwat dirinya dengan Aliff Aziz di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur. Kejadian tersebut membawa kepada permohonan penceraian yang difailkan oleh Bella Astillah terhadap Aliff sehingga masing-masing sah berpisah talak satu pada 13 Jun 2024.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *