Bapa Zulfarhan, Zulkarnain Idros, 60 menyoal semula Suruhanjaya Hak Asasi Kemanusiaan Malaysia (SUHAKAM) susulan kenyataan pihak tersebut yang membantah hukuman gantung sampai mti kepada enam orang tertuduh yang mendr hingga mengakibatkan pemergian terhadap pegawai kadet laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) tujuh tahun lepas. Menerusi laporan dari Majoriti, Zulkarnain telah meluahkan rasa kecewa kerana merasakan pihak berkenaan seperti mempunyai agenda sendiri apabila membantah keputusan hukuman gantung sampai mti itu.
“Kenapa perlu sekarang? Apa yang cuba mereka sampaikan? Suhakam seolah-olah ada unsur politik. Mereka berpolitik demi kepentingan peribadi dan jika tidak ada kepentingan peribadi, mereka tidak akan memberikan kenyataan yang sedemikian rupa,” ujarnya. Tambah Zulkarnain lagi, ketika arwah disks sebegitu teruk hingga kehilangan nyawa, mengapa pihak SUHAKAM tidak memberikan sebarang kenyataan sama seperti yang dilakukan kini.
“Sebagai contoh, masa arwah disks tujuh tahun dahulu kenapa tiada yang tampil memberikan kenyataan? Sedangkan pada ketika itu Zulfarhan didra hingga kjm sehingga dia hilang nyawa. Mana keadilan untuk arwah? Mereka sudah tentu ada kepentingan dan agenda mereka sendiri,” katanya. Susulan daripada itu, bapa Zulfarhan meminta agar mana-mana pihak tidak mengambil kesempatan terhadap kes melibatkan anaknya dan hendaklah hormat kepada keputusan mahkamah.
“Kita hormat keputusan mahkamah dan arwah anak saya juga layak mendapat keadilan yang selayaknya,” ujarnya lagi. Terdahulu, pihak SUHAKAM telah tampil membantah hukuman gantung sampai mti kepada enam bekas penuntut UPNM yang telah membnh Zulfarhan Osman dengan melakukan penderaan menggunakan beberapa objek seperti seterika wap, getah paip dan tali pinggang pada 2017.
SUHAKAM meminta agar pihak kerajaan mempertimbangkan semula pelaksanaan hukuman mti dan berusaha ke arah sistem keadilan lebih saksama dan berperikemanusiaan untuk semua. Mereka juga menganggap keputusan Mahkamah Rayuan dalam membenarkan permohonan pihak pendakwaan bagi mengekalkan pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaaan sebagai satu detik menyedihkan serti penting dalam sejarah kehakiman Malaysia.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.