SEJUK perut pelakon Syatilla Melvin apabila anak sulungnya iaitu Syeriv Samheizy menawarkan diri menjadi imam ketika mahu menunaikan solat Maghrib. Sebak mendengar bacaan solat Syeriv itu, Syatilla atau Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 32, berkata dia sama sekali tidak menyangka anaknya yang baru berusia tujuh tahun itu mampu mengimamkan solat. “Anak bubu (panggilan Syatilla) dah boleh jadi imam, ya Allah sebak tak habis lagi bila teringat dia minta nak jadi imam bubu bulan lepas. Klik sini untuk lihat video.
Merambu air mata kita dalam sembahyang bila dengar anak kita baca bacaan dalam solat. Tak sangka sungguh dia betul-betul boleh imam bubu solat Maghrib,” katanya menerusi hantaran di Instagram pada Khamis. Bersama kapsyen berkenaan, Syatilla turut berkongsi gambar memaparkan Syeriv sedang menunaikan solat. Dalam pada itu, Syatilla trut meluahkan rasa bangga apabila Syeriv dengan rela hati mahu menjadi imam tanpa sebarang paksaan.
“Tiada paksaan, dia sendiri mahu, sekarang aku faham erti bangga yang sungguh bangga,” ujarnya. Untuk rekod, Syatilla mendirikan rumah tangga bersama pelakon Syaheizy Sam pada 8 Februari 2016. Selain Syeriv, Syatilla dikurniakan dua orang lagi cahaya mata iaitu Sarima Samheizy, 5, dan Salama Samheizy, satu tahun.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.