Tular video bercuti dengan keluarga, sekali ramai yang mula pertikaikan tudung Nelydia Senrose

Tular di media sosial sehingga warganet persoal tudung Nelydia Senrose sama ada dia sudah menanggalkan tudung atau sebaliknya selepas melihat sebuah video berada di Cameron Highland, Pahang bersama ahli keluarga. Dalam video tersebut, dilihat pemilik nama Nik Zaris Nelydia Nik Sen sedang duduk di atas kerusi kayu sambil melihat pemandangan indah. Klik sini untuk lihat video.

Turut kelihatan dalam video tersebut adalah suami Nelydia, Mohd. Hafez Halimi dan sepupu yang juga aktres, Aprena Manrose. Bagaimanapun, perkongsian video dimuat naik di TikTok peminat @nelydiasenrose_ menerima pelbagai reaksi dalam kalangan warganet. Rata-rata warganet dilihat seakan mempersoal ‘hijab’ yang sebelum ini digayakan oleh aktres berusia 29 tahun.

Dalam komen di posting tersebut, ada juga yang ‘memahami’ dan menyatakan pelakon itu tidak pernah mengeluarkan kenyataan sudah bertudung sepenuhnya. Mereka turut mendoakan yang terbaik buat Nelydia Senrose agar kekal beristiqamah dan ikhlas menutup aurat.

Setakat ini, belum ada sebarang penjelasan daripada tuan punya badan dan kita doakan yang terbaik buat Nelydia Senrose. Namun, ia bukan kali pertama video memperlihatkan pelakon itu menanggalkan tudung tular di media sosial. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.