Pelakon Rita Rudaini sokong jurulatih yang menerima surat layang berhubung kes Zulfarhan Osman Zulkarnain dikenakan tindakan undang-undang. Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Rita atau nama lengkapnya Rita Rudaini Mokhtar di Insta-Storynya, dia berpendapat jurulatih yang berpangkat kapten perlu terima hukuman sewajarnya selepas bertindak kurang bijak kerana menularkan surat layang yang diterima menerusi aplikasi WhatsApp.
“Ye, warden yang hidup segan mti tak mahu ni memang patut diambil tindakan juga. Sama juga di mana-mana sekolah, asrama, universiti. Mengadu je mula mengata parents manjakan anak lah..eh hello! Parents hantar anak mereka bukan untuk dijadikan punching bag kat tempat tu! Saya menyokong pihak yang dapat surat layang dikenakan tindakan!” ujarnya tegas.
Menceritakan semula kejadian yang menimpa Allahyarham Zulfarhan, sebuah laptop hilang di UPNM dan khidmat bomoh digunakan untuk mengesan siapa pencri laptop itu. Nama arwah disebut bomoh tersebut. Pada 13 Mei 2017, Zulfarhan dipkl kali pertama di Bangunan Jebat, Asrama Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) kerana disyaki mencri komputer riba rakannya dan mangsa tak mengaku.
Mangsa sekali lagi dipanggil pada jam 3.00 pagi (20 Mei 2017) ke bilik 4-10 Bangunan Jebat, Asrama UPNM untuk disoal siasat berkaitan kehilangan komputer. Mangsa menafikan tuduhan dan telah dipukul beramai-ramai oleh 20 hingga 30 orang pelajar menggunakan objek seperti seterika wap, tali pinggang, getah paip dan penyangkut baju sehingga 11 pagi 21 Mei. Seorang penuntut Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM), Muhammad Aiman Aufa Asmadi Affendi mendedahkan dia telah menulis dua surat layang untuk memberitahu pihak atasan UPNM bahawa Zulfarhan Osman Zulkarnain telah didera oleh rakan-rakannya.
Dia bertindak sedemikian setelah melihat pegawai kadet laut itu terbaring dengan seluruh badannya menggelembung dipenuhi tompok kehitaman dan drh pada kulitnya di bilik 4-10 asrama penginapan UPNM pada jam 6 petang, 22 Mei 2017. Katanya pada hari tersebut, dia telah pergi ke bilik itu untuk menemui Muhammad Izzul Akhtar, seorang daripada ahli bilik berkenaan berkaitan tugasan kuliah bagaimanapun Muhammad Izzul Akhtar tiada di bilik itu.
“Saya cari Izzul, dia tiada, ketika saya hendak keluar, saya ternampak Osman (Zulfarhan Osman) di atas katil, di hujung bilik, ditutup dengan kain pelikat pada bahagian pusat ke lutut,” katanya.
Dia kemudian terus balik ke biliknya di asrama 4-06 dan berbincang dengan seorang rakan sebiliknya yang dikenali sebagai Akmal Akif untuk membuat laporan berhubung kejadian itu. “Pada mulanya kami ingin buat laporan secara berdepan dengan jurulatih tetapi takut identiti kami akan dibocorkan, jadi kami memikirkan untuk buat surat layang,” katanya memberitahu Akmal Akif mencadangkan untuk menulis surat layang itu manakala dia telah menulisnya di atas kertas A4.
Katanya, surat layang pertama diselitkan di pagar Rumah Sakit Angkatan Tentera pada 23 Mei 2017 dan surat layang kedua diletakkan di bawah pintu bilik seorang jurulatih pada keesokan harinya. Muhammad Aiman Aufa bagaimanapun memberitahu, surat layang pertama ditulis: “Kalau ada hati perasaan, ada sifat perikemanusiaan, saya minta sangat-sangat pergi ambush bilik 4-10, Blok Satria (depan masjid). Dalam tu ada pesakit yang sangat-sangat perlukan rawatan segera. SEGERA!!!’ – Hamba Allah”
Pun begitu, surat tersebut diketahui oleh semua ahli bilik 4-10 selepas jurulatih memasukkan surat itu ke dalam mesej melalui aplikasi WhatsApp. Saksi itu berkata, penyebaran surat tersebut telah menyebabkan usahanya untuk memberitahu pihak atasan bahawa Zulfarhan Osman didra gagal apabila seorang daripada penghuni bilik 4-10, Muhammad Akmal Zuhairi Azmal yang merupakan tertuduh pertama terlebih dahulu memindahkan Zulfarhan Osman ke bilik 4-06 dengan alasan menumpangkan mngsa di bilik berkenaan untuk sementara waktu.
Muhammad Aiman Aufa berkata, selepas kegagalan surat layang pertama, dia dan Akmal Akif sekali lagi bersepakat untuk menulis surat layang kedua yang tertera ayat, “Sila cari pegawai kadet laut Zulfarhan Osman” namun surat itu telah ditemui seorang penuntut lain. Bagaimanapun, pada 1 Julai 2017, Zulfarhan yang ketika itu berusia 21 tahun pergi menghadap illahi di Hospital Serdang dengan kesan lebam dan melecur di badan.
Semalam, Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman gantung sampai mti terhadap enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) kerana didapati membunuh Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain, tujuh tahun lalu. Mereka yang berusia 28 tahun ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal; Muhammad Azamuddin Mad Sofi; Muhammad Najib Mohd Razi; Muhammad Afif Najmudin Azahat; Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.