Baru baru ni tular balik video lama depan kaabah, Hafiz Mahamad minta beri masa untuk dia bertanggungjawab kerana agama

Usahawan dan personaliti media sosial, Hafiz Mahamad mahu bertanggungjawab kerana agama berhubung video lamanya berasak mencium Hajar Aswad kembali tular, sejak semalam. Dalam hantaran di Instagram Story, Hafiz berkata, dia mahu memikul tanggungjawab atas video yang dimuat naiknya sebelum ini. Dia berkata demikian selepas tular kembali video lama sehingga didakwa mengundang penghinaan kepada agama Islam.

“Ada yang nasihat untuk saya diam. Tapi saya nak bertanggungjawab kerana agama atas ‘statement’ (kenyataan) atau ‘perception’ (persepsi) daripada Tweet ini,” demikian respons Hafiz Mahamad. Hafiz bagaimanapun berkata, dia memerlukan masa untuk mendapatkan pandangan daripada pakar berkatan bagi mengelakkan dia mengulangi kesilapan lama.

“Hari ini ramai sahabat yang ‘update’ tentang ini. Terima kasih sahabat kerana ‘inform’ (beritahu) saya. Bagi saya masa untuk kukuhkan input dan minta pandangan daripada pakar supaya kesilapan lama tidak akan berulang. Doakan saya ada kemampuan untuk usahakan perkara ini. Terima kasih sahabat-sahabat yang baik atas kata-kata yang baik,” katanya hari ini.

Hari ini, melaporkan video dimuat naik Hafiz Mahamad mencium hajar aswad kembali menghangatkan media sosial terutama dalam kalangan pengguna luar negara. Difahamkan, video tersebut dimuat oleh seorang pengguna platform X di India dengan kapsyen mendakwa wanita Islam tidak selamat berada di Tanah Suci Mekah. Diharapkan Hafiz dalam menyelesaikan masalah ini dengan kadar segera dan berhemah tanpa mengulangi kesilapan yang sama, lebih-lebih lagi ia melibatkan agama.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.