Mangsa sebelum ni masih belum dijumpai, kali ni ada lagi tanah mendap kira kira 50 meter dari lokasi di Jalan Masjid India

BELUMĀ reda insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India, satu lagi mendapan tanah dikesan berhampiran lokasi kejadian. Dilaporkan kejadian kejadian tanah mendap dilihat berlaku kira-kira 50 meter lokasi insiden lubang benam itu. Ia dipercayai berlaku kira-kira 2.30 pagi Rabu ekoran hujan lebat pada malam Selasa. Difahamkan, kawasan itu sudah ditutup sepenuhnya oleh pasukan keselamatan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

MemetikĀ Astro Awani, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman mengesahkan kejadian mendapan tanah baharu di Jalan Masjid India, pada pagi Rabu. Perkara tersebut disahkan beliau sewaktu hadir ke lokasi jam 9.30 pagi bagi meninjau situasi semasa. Beliau turut memaklumkan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membincangkan mengenai memperluaskan penutupan jalan di kawasan tersebut.

Pada pagi Jumaat lalu, seorang wanita warga India hilang dipercayai terjatuh ke lubang sedalam lapan meter susulan insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India. Mangsa yang dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, masih belum dijumpai setakat pagi Rabu. Operasi mencari dan menyelamat (SAR) memasuki hari keenam bersambung pagi Rabu.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.