Berjaya turunkan berat badan berbelas kg, Abby Abadi kongsikan tips diet yang dia amalkan

Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi berkongsi tips diet yang diamalkan sehingga berjaya menurunkan berat badan. Menurut Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 46, dia menahan diri daripada mengambil makanan dalam kuatiti yang banyak untuk tempoh tiga bulan. Namun, apabila sudah memperoleh bentuk badan yang ideal, Abby mula mengambil nasi tetapi dalam kuantiti yang sedikit. “Tiga bulan awal hari itu saya kuat tak makan langsung. Sekarang makan juga. Sekarang makan dua sudu nasi, lauk lebih.”

Abby berkongsi tips tersebut menerusi sesi soal jawab (Q&A) bersama pengikutnya di Instagram Story. Sementara itu, menerusi satu lagi hantaran pada entri sama, Abby memberitahu dia ingin menurunkan lagi berat badannya sekitar 60 kilogram. “Mula sedar masa raya tahun 2024 ternaik penimbang dekat kampung, berat 78.8 kg. Balik dari kampung terus insaf, setelah tiga bulan berlalu berjaya turun berbelas kg dah. Nak turun lagi sampai 60kg, doakan saya.”

Terdahulu, beberapa perkongsian di Instagram Abby jadi perhatian warganet apabila ramai yang terkejut dengan penampilan terkininya yang semakin kurus. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.