ANAK sulung kepada pelakon Rita Rudaini mencipta kejayaan apabila muncul johan acara larian 200 meter di Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) di Sabak Bernam pada Khamis. Lebih membanggakan, Airit Rayyan Rizqin, 15, turut berjaya mencipta rekod baharu dalam acara tersebut dengan cacatan masa 23.81 saat berbanding tahun lalu. Berita gembira itu dikongsi Rita atau Rita Rudaini Mokhtar, 48, yang turut meluahkan rasa bangga dengan pencapaian cemerlang Rayyan pada kejohanan tersebut.
“Alhamdulillah, berita gembira dan rezeki Rayyan dan MRSM SUBES hari ini. Rayyan pecah rekod lagi, acara lari 200m akhir, pecah rekod tahun 2023. Sebagai ibu bapa Rayyan, mummy bangga!” katanya. Rita berkongsi perkara itu menerusi hantaran video memaparkan aksi anak sulungnya sedang berlari di atas trek. Sebelum ini, Rayyan menjadi perhatian ramai selepas mengungguli pingat emas menerusi acara larian 100 meter dalam kejohanan yang sama.
Rayyan yang mewakili Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sungai Besar itu berjaya melakar rekod baharu acara tersebut dalam tempoh 20 tahun dengan catatan masa 11.44 saat. Untuk rekod, Rayyan adalah anak hasil perkahwinan Rita dengan pemain bola sepak iaitu Aidil Zafuan pada 2008. Bagaiamanapun ikatan perkahwinan mereka berakhir dengan perpisahan pada September 2013. Selain Rayyan, mereka turut dikurnikan seorang lagi anak lelaki iaitu Airit Qaqa Arjuna, 13 tahun.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.