Dah jumpa yang sekufu, ramai yang restu bila Ananda Natasha dengan Ezra Khairo

Kemesraan antara penyanyi baharu, Ezra Khairo dan pempengaruh Ananda Natasha dilihat kian mendapat perhatian warganet. Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, kelihatan Ezra dan Natasha berada di dalam sebuah kereta. Klik sini untuk lihat video.

Dalam masa yang sama, mereka berdua sedang miming sebuah lagu nyanyian Ezra yang berjudul Alahai. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet suka melihat gelagat Ezra dan Natasha, malah mahu mereka menjalinkan hubungan cinta bersama. “Saya dah terlayan live mereka, sebelum ini tak pernah kenal pun siapa Natasha dan Ezra. Kami sangat sokong kamu berdua, semoga temui kebahagiaan yang sebenar. Natasha dah jumpa circle yang sekufu dengan umurnya.”

“Ezra nampak sangat gentleman, bukan ambil kesempatan atas isu tapi nampak dia sangat ‘abang-abang’. “Alhamdulillah, masih ada lelaki yang baik boleh menggembirakan Natasha.” Selain itu, tinjauan turut mendapati mereka berdua sering bersiaran langsung di TikTok selepas isu tak setia bekas suami Natasha hangat diperkatakan. Natasha sebelum ini mendedahkan dan mendakwa bekas suaminya berlaku crang semasa mereka masih lagi berstatus suami isteri.

Andika Putera kemudian tampil memberi menjelasan panjang lebar berhubung isu tersebut untuk mempertahankan dirinya. Terdahulu, desas-desus yang mengatakan mereka sudah bercerai akhirnya terjawab apabila Natasha dan bekas suaminya dilihat hadir bersama ke mahkamah dan kemudian memaklumkan perkara tersebut di media sosial. Untuk info, selama empat tahun mendirikan rumah tangga, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang bernama Alisha Puteri.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.