Pempengaruh, Andika Putera buang tanda hitam di dahi susulan enggan digelar riak selepas mendapat rujukan daripada ustaz. Menerusi perkongsian di media sosial, Andika memuat naik momen sewaktu hadir ke sebuah klinik kecantikan bagi membuat rawatan agar tanda di dahinya dapat dihilangkan. Menurutnya, dia sudah beberapa kali melakukan rawatan tersebut namun masih lagi kesan hitam berkenaan tidak hilang. Dia juga mengakui ada pihak menuduhnya sengaja menghitamkan dahi menggunakan marker pen agar terlihat lebih jelas. Klik sini untuk lihat video.
Doktor kecantikan yang memberikan rawatan kepada Andika memaklumkan antara punca dahi menjadi hitam adalah disebabkan sujud ketika beribadah. “Dari segi agama tu, biasanya disebabkan tekanan ketika sujud. Apabila tunduk, dahi akan mengalami sedikit keradangan. Kadang-kadang bila terkena kulit, ia akan menyebabkan kecederaan. Bila ada luka, badan akan bila ada luka, badan kita akan repair cell generate kulit kita yang baru. Tapi masa tu dia tumbuh kulit akan lebih sensitif. bila kena matahari dia akan jadi gelap…” jelas doktor.
Perkongsian yang dibuat pempengaruh tersebut telah menghadirkan pelbagai komen daripada netizen. Ada di antara mereka menyatakan punca dahi hitam disebabkan salah ketika melakukan sujud dan juga kerana kulit kita terlalu sensitif. Ada juga yang memerli Andika memintanya untuk menjelaskan situasi dahi menggunakan papan putih sama seperti video sewaktu memberi penjelasan berhubung kisah rumah tangganya.
Terdahulu, nama Andika Putera telah menjadi topik perbualan ramai selepas bekas isteri, Ananda Natasha mendedahkan tentang beberapa masalah berkaitan rumah tangga mereka sebelum ini. Walau bagaimanapun, pempengaruh berkenaan sudah memberi penjelasan menggunakan papan putih serta membuat permohonan maaf kepada semua berkaitan beberapa isu dan sudah berhubung dengan peguam untuk membawa perkara tersebut untuk diadili secara undang-undang.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.