Aqil Zulkiflee muat naik video mesra dengan isteri, ramai golongan ibu yang nasihatkan sebab peminat dia ramai budak budak

Personaliti media sosial yang dikenali sebagai Aqil Zulkiflee menjadi perhatian apabila memuat naik momen mesra bersama isterinya menerusi hantaran di TikTok. Menerusi hantaran tersebut, Aqil atau nama sebenarnya Ahmad Aqil Zulkiflee berkongsi momen mesra sewaktu sedang mandi di sebuah kolam renang bersama isterinya. Dapat dilihat, Aqil yang memakai baju berwarna memberikan layanan yang sungguh istimewa buat isteri tercintanya. Klik sini untuk lihat video.

Walau bagaimanapun, tindakan Aqil yang berkongsi momen mesra bersama isterinya itu seakan tidak dipersetujui wargamaya yang rata-ratanya merupakan golongan ibu. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meminta Aqil untuk menapis kandungan yang dimuat naiknya di media sosial memandangkan kebanyakkan peminat pempengaruh berusia 28 tahun itu adalah kanak-kanak. Setakat artikel ini ditulis, video perkongsian Aqil telah meraih lebih 450,000 tontonan dan lebih 23,000 tanda suka.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.