Teman wanita arwah Nidza Afham muat naik video menyanyi, sekali ramai yang bagi kata kata semangat

Teman wanita kepada Allahyarham Nidza Afham iaitu Hazmiera Amrisya menjadi tumpuan apabila memuat naik video menyanyikan lagu berjudul Rindu Setengah Mti. Menerusi perkongsian di TikTok, nyanyian tersebut dipercayai merupakan penyertaannya untuk sebuah pertandingan serlahkan bakat. Di dalam video tersebut, kelihatan wajah Hazmiera yang sedih sambil menyanyikan bait-bait lirik lagu itu. “Aku rindu setengah mati kepadamu..sungguh ku ingin kau tahu, aku rindu setengah mati…” Klik sini untuk lihat video.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet menitipkan kata-kata semangat dan mendoakan agar Hazmiera terus kuat. “Ya Allah menangis bila dengar. Kuat terus kak Miera. Al-Fatihah Nidza Afham.” “Allahu terus kuat ye Miera. Semoga Am ditempatkan dikalangan orang beriman. Amin.” “Dia tak nyanyi, dia luahkan isi hati.” Pada 15 Ogos lalu, arwah Muhammad Nidza Afham, 23, selamat dikbmikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Puncak Alam.

Terdahulu, polis mengesahkan myt yang ditemui terapung di sekitar Jambatan Sungai Klang ialah Nidza Afham pada 14 Ogos yang dilaporkan hilang selepas melakukan aktiviti riadah di Stadium Sultan Sulaiman pada 13 Ogos lalu. Kes pemergian arwah diklasifikasikan sebagai pemergian mengejut atau ‘sudden dth report’ (SDR).

Sementara itu, Polis Selangor iaitu Datuk Hussein Omar Khan, berkata, hasil bedah siasat menunjukkan tiada sebarang kecederaan fizikal pada tubuh badan mangsa. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.