Baru-baru ini, tular satu gambar memaparkan pemain badminton negara iaitu Lee Zii Jia yang memegang beg berjenama mewah di aplikasi X. Menerusi perkongsian dibuat @heytofans di aplikasi X, Lee Zii Jia yang memegang beg jenama Goyart itu sedang mengambil gambar kenang-kenangan bersama dua orang pengiring atlet pasukan Malaysia sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur. Menerusi hasil semakan warganet, harga beg milik pemain nombor enam dunia itu dianggarkan mencecah harga RM22,608 seunit.
Hantaran tersebut telah tular dan meraih perhatian wargamaya yang turut meninggalkan komen yang mengatakan bahawa selain bergelar seorang pemain badminton, Lee Zii Jia juga mempunyai ‘taste’ yang bagus dalam berfesyen. Sekadar info, Lee Zii Jia dan pemain beregu lelaki negara iaitu Aaron Chia dan Soh Wooi Yik baru saja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas berhempas pulas mengharumkan nama negara di temasya Sukan Olimpik Paros 2024.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.