Tampil dengan penampilan berhijab, pelakon jelita, Nora Danish berkongsi perjalanannya dalam usaha berhijrah ke arah lebih baik. Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif menerusi Instagram Story menyatakan dirinya mengamalkan beberapa zikir untuk mendekatkan diri dengan Tuhan. “Mungkin Nora tidaklah sehebat yang lain, tapi antara zikir yang Nora boleh kongsi yang Nora amalkan masa Nora nak sangat dekatkan diri dengan Allah ialah ‘Allahumma inni As’aluka Hubbaka Wa Hubba Man Yuhibbuka Wal- ‘Amal al-lazi Yuballighuni Hubbak’.
Zikir itu untuk mencintai Allah, ingin dicintai Allah dan untuk dekatkan diri dengan orang yang boleh membawa kita dekat dengan Allah,” kongsinya. Dalam pada itu, pelakon berusia 42 tahun tersebut sempat menzahirkan hasratnya untuk menunaikan haji pada tahun hadapan. “Nora dah buat umrah sebanyak tiga kali, dan Nora teringin sangat buat Haji tahun hadapan. Jadi sama-sama doakan supaya Nora dan anda semua dijemput oleh Allah SWT untuk menunaikan Haji. InsyaAllah,” katanya.
Sekadar info, penampilan berhijab Nora sebelum ini menimbulkan tanda tanya ramai pihak di mana ada segelintir yang menyangka bahawa imej berkenaan hanyalah untuk sebuah majlis ilmu. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.