Gara-gara buat ritual di tanah jerlus lokasi seorang wanita hilang di Jalan Masjid India, ‘Raja Bomoh’ atau nama sebenarnya, Ibrahim Mat Zin akan dipanggil Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Menurut laporan FMT, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na’im Mokhtar memberitahu tindakan itu diambil terhadap Ibrahim kerana menimbulkan kegelisahan awam dan salah faham terhadap agama Islam dalam kalangan masyarakat.
“Saya telah minta Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan untuk memanggil penama (Ibrahim) dalam masa terdekat,” katanya. Difahamkan, Ibrahim masih dalam pemantauan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengikut Seksyen 129 Akta Tatacara Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997 disebabkan amalan ritual sebelum ini. Berikutan amalan ritual yang dilakukan pada tahun 2017, dia telah didakwa di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan dan mengaku salah atas perbuatannya itu.
“Penama telah membuat pengakuan bersalah dan bertaubat atas perbuatan yang dilakukan tersebut,” katanya. Semalam, Ibrahim berjaya menjadi perhatian ramai apabila hadir ke lokasi kejadian tanah jerlus di Masjid India mahu membantu mencari mangsa yang masih belum ditemui. Dalam video yang dikongsikan pihak media, Ibrahim dilihat merenjis air ‘istimewa’ di sekitar lokasi berhampiran mangsa dari Kuppam, Andhra, India dilaporkan terjatuh ke lubang sedalam lapan meter.
Terdahulu, Ibrahim membawa dua biji kelapa dan teropong buluh ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk mengesan kedudukan pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014. Malah, dia juga bertindak melakukan ritual ‘memagar negara’ di Institut Perubatan Forensik Negara di Hospital Kuala Lumpur bagi mengelakkan negara disrang Korea Utara ketika isu pembunuhan Kim Jong Nam pada Feb 2017.
Padah menghina agama, Ibrahim ditahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan didakwa mengikut Seksyen 7(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997. Susulan itu, dia dikehendaki menghadiri kelas akidah serta fardu ain dan berkelakuan baik selama 6 bulan, kemudiannya membuat pengakuan taubat secara terbuka.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.