Usahawan pencuci mulut, Khalieda Yusra atau lebih dikenali Kieda Crepe menangis apabila dituduh menjadi punca keggran selepas usia kandungannya mencecah 10 minggu enam hari. Menerusi sesi siaran langsung, Kieda menjelaskan dirinya hanya berkongsi perasaan teruja ketika disahkan hamil. Katanya lagi, dia juga mahu berkongsi perjalanannya sepanjang berikhtiar mendapatkan zuriat, lebih-lebih lagi dimaklumkan hamil anak kembar tiga selepas hampir lima tahun menunggu. Klik sini untuk lihat video.
“Saya cuma teruja sebab perjuangan saya nak dapatkan anak ketiga ini semua orang tengok. Saya selalu berkongsi semasa buat scan dan makanan yang saya makan untuk hilangkan PCOS (Sindrom Ovari Polisistik) serta cyst,” katanya. Kieda berkata, doktor pernah memaklumkan berkemungkinan dia hamil di luar rahim dan tiada sebarang punca keguguran seperti turun darah.
“Anak saya memang kuat dalam rahim.Semasa minggu ke empat, kelima, doktor scan tak nampak dan luar rahim pendarahan. Doktor kata jangan taruh harapan, mungkin mengandung luar rahim. Bukan sebab kerja atau pergi mandi-manda. Doktor pun kata bukan, ini semua kuasa Dia (Allah). Ada yang sudah 33 minggu pun anak meninggal tanpa ada punca,” katanya lagi.
Dalam pada itu, usahawan asal Pulau Pinang itu kesal dengan dakwaan segelintir warganet yang mendakwanya tidak menjaga kandungan dengan baik. Kieda juga menyangkal tuduhan warganet yang menuduhnya mahu membnh anak dalam kandungan. “Tapi orang komen macam saya pula yang nak bnh anak. Saya beli supplement mahal-mahal untuk anak nombor tiga ini. Anak pertama dan kedua pun saya tak makan supplement macam ini.
Tapi bila Allah kata jantung anak saya nak berhenti, apa yang saya boleh buat? Bukan saya minta, takkan saya nak bnh anak saya. Orang komen, ‘padan muka sebab beritahu terlalu awal.’ Saya cuma teruja nak dapatkan ‘dua garis’, semua orang nampak. Saya memang aktif bekerja, saya tunggu untuk datang bulan tapi Allah beri anak untuk saya,” luahnya.
Terdahulu, Kieda memaklumkan bahawa dia telah mengalami keguguran selepas usia kandungannya mencecah 10 minggu enam hari. Sebelum ini, Kieda memberi bayangan bahawa dia dan suami bakal menimang bayi kembar tiga tidak lama lagi selepas hampir lima tahun menunggu. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.