Ds Vida kongsikan momen menginap dekat hotel bertaraf 5 bintang, terkejut rupanya harga 1 malam mencecah RM30k

Usahawan popular, Datuk Seri Vida berkongsi pengalamannya menginap di sebuah hotel bertaraf lima bintang. Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman memuat naik video ‘room tour’ hotel berkenaan yang terletak di ibu negara. Difahamkan itu bukanlah kali pertama usahawan berusia 52 tahun tersebut menginap di hotel mewah berkenaan. Klik sini untuk lihat video.

“Selamat kembali ke hotel berharga RM30,000 satu malam. The best hotel kalau saya nak bermalam di Kuala Lumpur. Kemudahan hotel sangat cantik. Bilik ini memang kegemaran saya, luas, selesa dan moden.” Menurut Vida, dia mengambil kesempatan sebentar untuk berehat daripada kesibukan kerja. “Dah lama tak berehat, sibuk. Bukan selalu saya ada masa nak relaks macam ini. Saya ini jiwa berniaga, tak boleh duduk saja. Kadang tidur pun tak cukup.”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet yang berpendapat Vida berhak memiliki kesenangan selepas bertungkus lumus menjayakan perniagaannya. “Mahal pun tak apa, untuk diri sendiri dah penat bekerja. ‘Me time’ itu perlu. Alhamdulillah, sekali sekala berehat dan tenangkan fikiran. Kerja keras yang membuahkan hasil.” Dalam masa yang sama, ada juga segelintir warganet yang menganggap bilik tersebut terlalu mahal dan tidak berbaloi.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.