Tiada sebab nak perlahankan kerjaya sebagai pelakon, Eman Manan berhasrat nak berlakon sampai hujung nyawa

Pelakon Eman Manan memberitahu dia berhasrat untuk terus berlakon sehingga ke akhir hayatnya sekiranya masih diperlukan di dalam industri seni. Menurut Eman atau nama sebenarnya Abdul Manan Embong, 66, dia tidak mempunyai sebab untuk memperlahankan kerjaya sebagai pelakon selagi tidak bertentangan dengan kepercayaannya.

“Kenapa perlu hadkan bidang ini? Adakah kerja ini terlarang dan melnggr tata sulila? Apabila karya ini tidak melanggar pantang-larang dan adat, jadi mengapa tidak?”Kenapa perlu hadkan bidang ini? Adakah kerja ini terlarang dan melanggar tata sulila? Apabila karya ini tidak melanggar pantang-larang dan adat, jadi mengapa tidak? Kalau ikutkan kehendak, saya mahu teruskan sehingga ke akhir hayat. Tetapi kita tidak boleh lari dari takdir.”

Selain itu, Eman juga tidak berdepan dengan masalah kesihatan yang memerlukannya untuk mengambil sebarang ubat. “Soal kesihatan ini semuanya berkaitan dengan takdir. Allah takdirkan saya ini sihat. Dari segi kehidupan pula, saya disiplin (menjaga kesihatan). Saya lihat bidang ini perlukan orang yang sihat dari segi fizikal. Alhamdulillah setakat ini tidak ada ubat yang perlu saya makan setiap hari.”

Mengulas tentang watak yang dibintangi di dalam filem Takluk: Lahad Datu arahan Zulkarnain Azhar, Eman sangat berbangga dapat menjadi sebahagian daripada sejarah penting negara itu. “Sebagai rakyat Malaysia, saya turut mengikuti peristiwa yang berlaku di Lahad Datu itu. Masih tersemat di dalam ingatan saya apa yang berlaku.

Apabila ada produksi yang ingin membawa kisah ini ke layar perak, saya sangat berbesar hati untuk menerima tawaran yang diberikan. Filem ini menceritakan satu peristiwa besar yang berlaku di negara kita. Biarpun watak jahat dan tidak banyak babak seperti watak lain, tetapi ia sangat penting. Watak ini juga berlainan dengan watak saya lakonkan sebelum ini di mana saya sering diangkat sebagai wira, pejuang, ahli agama yang pada akhirnya membawa kejayaan.”

Filem tersebut diinspirasikan daripada kejadian sebenar Ops Daulat yang pernah menggegarkan negara pada 11 Februari 2013 apabila pengganas Sulu menceroboh Kampung Tanduo di Lahad Datu, Sabah. Selain Eman, filem terbitan Multimedia Entertainment dengan kerjasama Golden Screen Cinemas, Astro dan Sifxun Media itu juga turut dibintangi Syafiq Kyle, Fikry Ibrahim, Kamal Adli, Anding Indrawani dan anak saudara Eman sendiri iaitu Fad Anuar.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.