Dah 17 tahun mendirikan rumahtangga, Aliff Syukri terkejut bila isteri hadiahkan Ferrari idaman

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri terkejut isteri hadiahkan Ferrari idaman bersempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-17. Aliff Syukri berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran di Instagram, hari ini. Menerusi hantaran tersebut, dilihat kereta tersebut berada di dalam kotak bercermin atas sebuah lori yang dihiasi belon dan riben. Aliff Syukri meluahkan rasa bersyukur dan berterima kasih buat isteri tercinta, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid kerana menghadiahkan sebuah kereta Ferrari berwarna merah kepadanya. Klik sini untuk lihat video.

“I love you sayang. Tak sangka isteri saya beri kejutan sempena ulang tahun perkahwinan kami yang ke-17. Sebenarnya lama saya idamkan kereta Ferrari terbaru ini. Terima kasih isteri saya yang tercinta untuk hadiah yang paling bermakna ini,” luahnya. Usahawan berusia 37 tahun itu turut membawa anak-anak dan isterinya menaiki kereta tersebut dan dipandu di kawasan sekitar perumahan. Dalam pada itu, Aliff memaklumkan dia sebenarnya mahu memiliki kereta mewah itu, namun terpaksa melupakan hasrat tersebut.

Jelasnya, dia memikirkan komitmen dan ia pasti akan bertambah, lebih-lebih lagi memiliki anak yang ramai dan meningkat remaja. “Bila fikir balik dengan anak ramai, tak sesuai. Komitmen makin tinggi bila anak dah remaja dan ekonomi tak stabil ni. Tapi terkejut dapat hadiah,” kongsinya. Aliff juga berterima kasih kepada semua atas segala sokongan yang diberikan terutama pelanggan setia, pengedar dan staf kerana tidak henti menyokong perniagaannya bersama isteri.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.