PELAKON dan pengacara Irma Hasmie tetap dengan pendirian tidak mahu bercakap tentang status rumah tangganya bersama Redza Syah Azmeer yang dikatakan sudah berakhir dengan perpisahan. Bagi Irma, 42, dia tidak mahu sebarang kenyataan yang keluar akan menimbulkan salah faham sekali gus mengundang spekulasi lain. “Saya pun tak tahu sama ada perlu jawab atau tidak? Bila ia terlalu peribadi, saya rasa orang luar faham dan mereka tahu keadaan sebenarnya.
Apa sahaja yang saya jawab akan timbulkan spekulasi dan sebab itu saya ambil pendekatakan mendiamkan diri. Saya pilih jalan selamat untuk semua orang supaya tidak timbul sebarang perkara negatif,” katanya. Irma menjelaskan perkara itu ketika hadir ke majlis pelancaran program BeCalm Cookies X Sembang Mak Mak Suria FM yang berlangsung di Menara Star, Petaling Jaya pada Rabu. Sebelum ini, seorang rakan baik Irma dikenali sebagai Reen mendedahkan pelakon berkenaan sudah bercerai dengan Redza sekitar November tahun lalu.
Bagaimanapun baik Irma atau Redza tetap dengan pendirian mengunci mulut mengenai status sebenar status sebenar mereka. Lebih menimbulkan pelbagai spekulasi apabila Redza melangsungkan perkahwinan dengan Nur Hafiza Mohd Salim pada 20 April lalu. Redza menerusi kenyataan di Instagram miliknya memberitahu perkahwinan itu mendapat restu daripada keluarga kedua-dua belah pihak dan ingin memberi fokus kepada masa depan bersama isteri baharu.
Bercakap mengenai kehidupannya kini, Irma memberitahu dia dalam keadaan baik dan berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi tentang dia dan keluarga. Jelas Irma, dia tidak dapat mengawal apa sahaja diperkatakan orang lain namun dia tetap dengan pendiriannya. “Apabila ada kawan jelaskan itu diluar kawalan saya, mungkin dia rasa itu tanggungjawab sebagai kawan untuk menjelaskan.
Saya diam bukan sebab tiada kekuatan untuk menjawab tetapi saya tetap dengan pendirian. Sekarang pun semuanya baik-baik sahaja. Tiada apa-apa kesulitan atau masalah berat. Kalau dengan perkara negatif janganlah mudah buat penilaian sendiri,” jelasnya. Irma juga memberitahu dua anak-anaknya kini di bawah jagaannya dan mereka juga menjalani kehidupan seperti biasa. Untuk rekod, Irma dan Redza mendirikan rumah tangga pada 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.