Tular dakwaan dirinya sedang hamil, tak boleh berdiam ini pula respon dari isteri Hafidz Roshdi

Isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Athira Yuhada enggan memberikan komen ketika ditanya berkenaan dakwaan dirinya sedang hamil. Memetik laporan BH Online, Athira juga enggan mengulas kehidupan selepas mendirikan rumah tangga dengan Hafidz. “Berbadan dua? Saya tiada komen. Doakan yang baik-baik. Boleh tak kalau tak nak bercerita mengenainya (kehidupan selepas berkahwin)? Saya nak bercerita mengenai Sijil Kemahiran Malaysia sahaja,” katanya.

Athira ditemui pada Majlis Konvokesyen Badan Peneraju Industri Seni Budaya 2024 di Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJPAC), semalam. Hafidz turut hadir bagi memberi sokongan pada isteri tercinta yang menerima Sijil Kemahiran Malaysia dalam kategori nyanyian. Mengulas adakah privasi terganggu selepas kontroversi membabitkan suami dan dirinya, Athira hanya menjawab ringkas.

“Saya tidak ambil tahu. Tapi, sebelum ini pun tak pernah jadi buruan media,” katanya. Tidak mahu memanjangkan temu bual yang menyentuh kehidupan peribadi, Athira hanya mahu berkongsi mengenai Sijil Kemahiran Malaysia kategori Nyanyian yang diterima pada majlis terbabit. Mengulas mengenai sijil diterima, Athira mendedahkan dia sudah mendalami dunia nyanyian sejak berusia 10 tahun dan kini adalah menjadi tenaga pengajar di Permata Seni Koir.

“Saya mula menyanyi sejak berusia 10 tahun dengan menyertai Koir Remaja Kebangsaan. Dari situ, saya diserapkan ke Koir Kebangsaan Malaysia dan sekarang menjadi tenaga mengajar Permata Seni Koir. Sudah lima tahun saya mengajar. Saya ambil sijil ini pun sebab Permata Seni Koir. Ini kerana ia memberi manfaat kepada pendidikan. “Saya mengajar pelajar berusia antara tujuh sehingga 16 tahun berkenaan teori muzik, bagaimana nak membaca nota dan bagaimana nak menyanyikannya,” katanya.

Walaubagaimanapun, Athira tidak mempunyai minat melebarkan sayap kerjaya sebagai penyanyi meskipun mempunyai pengetahuan dalam bidang muzik. “Saya tidak berminat jadi penyanyi. Ini hanyalah kerja sampingan dan hobi. Hafidz tidak pernah suruh jadi penyanyi atau artis. Dia hanya sokong sahaja apa yang saya buat,” katanya. Selain Athira, penyanyi Noraniza Idris dan Roslan Madun juga antara penyanyi yang menerima Sijil Kemahiran Malaysia kategori Nyanyian pada Majlis Konvokesyen Badan Peneraju Industri Seni Budaya 2024 di PJPAC, semalam.

Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.