Ada individu yang edit gambar Dhabitah jadi tak senonoh, Jiggy Masin bakal ambil tindakan undang undang

Pelawak dan pelakon, Jiggy Masin meluahkan rasa marah apabila ada individu yang tidak bertanggungjawab menyunting gambar isterinya, Nur Dhabitah Sabri yang juga atlet terjun negara menjadi tidak senonoh. Menerusi hantaran di Instagram Story, Jiggy berkata, dia telah mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang sanggup menyunting dan memuat naik foto tidak senonoh Dhabitah sehingga menarik perhatian ramai.

“Berdasarkan kenyataan pengawai penyiasat dan peguam, surat saman sudah dikeluarkan kepada individu terbabit. Saya tetap akan teruskan tindakan ini (saman) kerana apa yang dia lakukan sangat keterlaluan. Sanggup menyunting dan memuat naik gambar tidak senonoh isteri saya, sedangkan Dhabitah ketika itu berusaha dan berjuang untuk negara. Ada dua keping gambar sampai ke tangan saya sejak Dhabitah layak mara ke separuh akhir.

Menurut Jiggy, dia akui terkilan apabila ada pihak yang sanggup menghina sehingga mengaibkan isterinya. “Saya tidak mampu menghalang sudut pandang seseorang terhadap Dhabitah, tapi apabila sanggup bertindak menyunting gambar isteri saya jadi tidak senonoh, ia bukan perkara yang boleh dipandang remeh lagi. Lebih buat saya sakit hati apabila fikirkan adab masing-masing yang dah tiada. Sebagai manusia, kalau nak pandang dari sudut sukan, okeylah. Tapi, tolong faham masih ada hadnya.”

Malah, tindakan yang diambil adalah untuk memberi pengajaran dan peringatan kepada pengguna media sosial untuk tidak sewenang-wenangnya bersikap keterlaluan. Terdahulu, Dhabitah berjaya melayakkan diri ke final acara 3 meter di Aquatic Centra pada Sukan Olimpik Paris 2024 namun tidak berjaya membawa pulang pingat.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.