SELEPAS mengambil langkah berdiam diri, teman wanita Allahyarham Nidza Afham akhirnya bersuara buat pertama kali berhubung pemergian penyanyi berkenaan Rabu lalu. Reda atas kehilangan Nidza, Hazmiera Amrisya menyifatkan arwah seorang lelaki yang terbaik buat dirinya dan masih berusaha meneruskan kehidupan seperti biasa. Kata Hazmiera atau mesra disapa Miera, walaupun dugaan menimpanya berat namun dia yakin masa akan mengubati hatinya selepas kehilangan insan tersayang.
“Saya tak tahu macam mana nak move on daripada semua ini. Mungkin masa akan mengubati. Kesetian, kasih sayang, kebaikan dan usaha awak tak dapat saya cakap apa lagi. Semuanya cukup dan bahagia untuk saya kenang,” katanya. Miera menulis perkara tersebut di Instastory miliknya pada Isnin. Dalam perkongsian sama dia juga terus mendoakan kesejahteraan Allahyarham dan mengucapkan terima kasih kepada ibu Nidza iaitu Irni Yusmira Istihat kerana menerimanya sebagai menantu.
“Saya hanya teman wanita yang cuba buat terbaik dan beri termampu untuk teman lelakinya. Saya yakin awak gembira di sana. Saya bahagia kalau awak bahagia. Terima kasih Umi sebab menerima saya sebagai menantu,” ujarnya. Untuk rekod, Miera merupakan individu yang berjaya mengesan lokasi terakhir menerusi telefon arwah sebelum dilaporkan hilang pada malam 13 Ogos lalu.
Miera kemudiannya memaklumkan kehilangan Nidza kepada keluarganya sebelum berjaya menjejak telefon serta dompet milik arwah di sekitar jambatan Sungai Klang. Myt Nidza ditemui di kawasan berkenaan pada sekitar pukul 7 malam hari Rabu. Jnzh dikembumikan di Tanah Perkbran Islam Puncak Alam, pada Khamis lalu kira-kira pukul 6.45 petang. Laporan polis menyebut pemergian Nidza dikelasifikasikan sebagai mti mengejut (SDR). Sumber: Mstar.
PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.