Terima hakikat apa kemugkinan akan terjadi, keluarga mahu menatap wajah mangsa tanah jerlus di Masjid India buat kali terakhir

Keluarga terima hakikat apa pun kemungkinan yang akan terjadi namun hanya mahu menatap wajah mangsa tanah jerlus di Jalan Masjid India buat kali terakhir. Memetik laporan dari Astro Awani, Pegawai Khas Hal Ehwal Kaum India kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi iaitu Arvend Appiasamy memaklumkan yang keluarga mangsa sudah bersiap sedia dengan sebarang berita dan menyatakan hal tersebut sewaktu pertemuan mereka.

“Sewaktu pertemuan, pada awalnya mereka juga rasa segan nak bercakap dengan saya. Tetapi saya juga merupakan orang Telegu, bermaksud latar belakang sama dengan mereka. Bila saya guna bahasa itu, mereka terkejut dan rasa lebih selesa dan sudah pasti sedih pada awalnya. Tetapi pada masa sama mereka dah terima hakikat dan kata pada saya, (mereka) tidak jangka apa-apa cuma nak tengok muka mangsa sahaja. Itu cukup sedih untuk dengar… Mereka sudah sedia apa-apa sahaja situasi,” katanya.

Dalam pada itu, ahli keluarga mangsa juga meminta supaya diberikan ‘push factor’ kepada pihak berkuasa bagi memcepatkan misi pencarian tersebut. Tertapi saya sudah jelaskan pada mereka bahawa pihak berkuasa kita ini sudah pun bersungguh-sungguh sebenarnya,” ujarnya lagi.

Setakat hari ini, operasi mencari sudah memasuki hari ketiga dan pihak berkuasa memaklumkan teknik ‘flushing’ digunakan untuk mencari mangsa. Ahli keluarga mngsa yang juga warganegera India turut diberikan lanjutan visa selama sebulan berkuat kuasa hari ini. Terdahulu, wanita warganegara India dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48 hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter. Perkara itu terjadi susulan berlakukannya tanah jerlus di kawasan Jalan Masjid India pada 23 Ogos 2024 yang lalu.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.