Dapat ratusan permohonan untuk menjadi isteri setiap hari, Khairul Aming kagum dengan keberanian kaum wanita

Personaliti media sosial, Khairul Aming terkejut apabila menerima ratusan permohonan untuk menjadi isterinya setiap hari. Pemilik nama Khairul Amin Kamarulzaman berkata, dia amat mengagumi keberanian segelintir wanita untuk menjadikan dirinya sebagai suami. “Boleh dikatakan hampir setiap hari saya menerima ratusan mesej (DM) di media sosial dan emel resume bertanya untuk menjadi isteri.

Agak mengejutkan juga, tetapi itulah yang berlaku, Walaupun orang kata seperti perigi cari timba, tetapi saya sangat kagum dengan keberanian mereka untuk bertanya,” katanya. Bagaimanapun, usahawan yang terkenal dengan Sambal Nyet Berapi itu memberitahu hatinya masih belum terbuka untuk mendirikan rumah tangga dalam waktu terdekat. Katanya lagi, dia mahu memberi fokus dalam menguruskan perniagaan dan kerjaya sebagai pencipta kandungan.

“Tetapi sayangnya tuan badan pula yang tidak sempat untuk memikirkan soal pasangan apatah lagi berkahwin,” katanya lagi. Dalam pada itu, anak kelahiran Kelantan itu memanjatkan kesyukuran apabila keluarganya juga tidak mendesak untuk dia segera menamatkan zaman bujang. “Alhamdulillah keluarga memahami kesibukan jadual kerja saya yang ingin menguruskan kilang, pekerja, produk dan konten. Walaupun sebelum ini ada keluarga bertanya, tetapi sekarang mereka serahkan semua itu kepada saya dan sudah mula kurang bertanyakan soalan bila ingin berkahwin,” ujar Khairul Aming.

Takpalah, Khairul Aming. Bila dah sampai seru dan bersedia nanti, kahwinlah. Untung sungguh siapa dapat jadi isteri Khairul Aming. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.