Pelik bila alahan tiba tiba hilang, Kieda Crepe dedah jantung anak kembar 3 dalam kandungan dah tiada

Sebelum ini, usahawan dan pempengaruh, Kieda Crepe memberi bayangan bahawa dia dan suami bakal menimang bayi kembar tiga tidak lama lagi. Terbaru, Kieda memberitahu dia telah mengalami keguguran. Menerusi posting di TikTok, Kieda memberitahu dia mempunyai masalah kantung terbalik. Jadi disebabkan itu juga, dia susah untuk memeriksa keadaan bayi dalam kandungan. Difahamkan, pada mulanya degupan jantung bayi masih boleh didengari namun, apabila dia pergi untuk pemeriksaan seterusnya degupan jantung bayi sudah tiada. Klik sini untuk lihat video.

“Patutlah alah semakin hilang, rupanya jantung baby sudah berhenti. Anak-anak ibu sudah tinggalkan ibu.” Tambah Kieda lagi, kantung bayi yang pertama dan kedua juga sudah semakin mengecil, manakala untuk bayi ketiga pembesaran normal tetapi degupan jantung sudah tidak didengari. Menerusi pemerhatian, Kieda mengucapkan terima kasih kepada ‘triplet‘ kerana hadir di dalam rahimnya walaupun hanya 10 minggu 6 hari. Ujar Kieda, dia berharap dapat berjumpa dengan mereka di syurga kelak.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.