Jadikan ibu sebagai idola uruskan rumahtangga, Leona akui akan tinggalkan dunia populariti kalau dah kahwin

Personaliti media sosial, Kasih Iris Leona idolakan ibu dalam menguruskan rumah tangga dan anak-anak. Melihat kepada pengorbanan yang ditunjukkan oleh ibunya, Chempaka Emalin Pahamin, Leona berkata dia juga bakal memberi sepenuh fokus kepada rumah tangga kelak. Leona berkata demikian menerusi satu sesi temu bual di podcast Usanita, baru-baru ini.

Katanya lagi, dia juga mungkin akan tinggalkan dunia populariti sebagai seorang pempengaruh media sosial kerana mahu memberi fokus pada rumah tangga. “Saya hanya nak menjadi seorang ibu. Mungkin tidak lagi seorang ‘influencer’. Saya nak jadi ibu seperti ibu saya,” katanya. Menurut anak kepada pelakon senior, Azhar Sulaiman, dia ingin menjadi seorang ibu yang sentiasa ada buat anaknya. “Bila pergi keluar, bapa saya selalu sibuk dengan penggambaran tetapi ibu saya selalu ada.

Bukan bapa saya tak ada, tapi dia terpaksa bekerja. Saya sangat mengidolakan ibu saya dalam hal tersebut,” jelas Leona. Maklum Leona, dia juga telah menyatakan hasrat untuk mendirikan rumah tangga sebaik sahaja tamat pengajian di universiti kepada ibu bapanya. Bagaimanapun, dia masih belum mempunyai calon untuk merealisasikan impian berkenaan.

Terdahulu, pempengaruh berusia 22 tahun itu berkongsi kriteria teman hidupnya selain tidak menafikan agak sukar untuk bertemu lelaki yang menepati cita rasanya. Paling penting kata Leona, rupa bukanlah kriteria utama sebaliknya dia lebih memandang kepada personaliti yang ada dalam diri seseorang lelaki.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.