Anak Lufya boleh nampak makhluk ghaib – “Orang tiada kepala, baju berdarah..”
Pernah nampak orang tanpa kepala, Lufya Omar dalam usaha dapatkan rawatan islam untuk anak perempuan
Pelakon dan penyanyi Lufya Omar kini dalam usaha untuk mendapatkan rawatan Islam untuk anak perempuannya, Laana Haura, 6, yang didakwa boleh melihat makhluk ghaib, baru-baru ini. Pada awalnya, Lufya atau Lutfyah Sheikh Omar menyangka apa yang dilihat anaknya itu hanya sekadar khayalan dan imaginasi kanak-kanak sahaja. Pun begitu, keadaan anaknya bertambah teruk apabila dia kerap alami ketakutan selepas ternampak perkara yang sama berulang kali.
“Baru-baru ini anak saya mengadu katanya nampak orang tiada kepala. Kejadian itu berlaku ketika dia berada di depan pintu rumah dan dia menjerit-jerit panggil saya. Saya terkejut dan bertanyakan apa yang berlaku. Dia kemudian tutup pintu dan cakap nampak orang tiada kepala dengan baju berdarah. Saya tanya dia balik untuk sahkan sama ada apa yang dilihat itu imaginasi atau bukan. Katanya benar, kemudian saya minta dia ambil wuduk dan solat. Ini bukan kali pertama, sudah beberapa kali sebelum ini dia nampak (makhluk ghaib),” katanya.
Bukan itu sahaja, Lufya turut memberitahu anaknya akan menjerit dan memberi amaran untuk jangan menghampiri balkoni rumah kerana terdapat makhluk halus berada di lokasi tersebut. Bekas peserta Akademi Fantasia menjadi lebih bimbang apabila individu lain yang mempunyai ‘kebolehan’ yang sama mengesahkan kehadiran mahkluk ghaib tersebut di kediamannya. “Setiap kali bila saya hendak keluar ke balkoni itu, dia menjerit dan bagi tahu jangan keluar. Dia akan menjerit dan dia kata ada dua benda. Katanya rambut panjang.
Sebelum ini saya ada ambil video sebab dia selalu kata begitu. Saya pun jadi geram sebab asyik kena kacau jadi saya ambil video kemudian tunjukkan kepada beberapa orang yang boleh nampak benda-benda ghaib ini. Ya, katanya memang ada dua ekor. Perkara itu buat saya lagi risau,” katanya. Dalam pada itu, Lufya turut meminta pandangan orang ramai tindakan seterusnya yang harus diambil untuk merawat gangguan mistik yang dialami anak perempuannya.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.