Mangsa masih belum dijumpai, kali ni Raja Bomoh pula datang ke Jalan Masjid India untuk bantu cari mangsa

Kehadiran Ibrahim Mat Zin atau lebih dikenali sebagai ‘Raja Bomoh’ di Jalan Masjid India untuk meninjau keadaan lokasi tanah jerlus sekali gus sebagai ikhtiar mencari mangsa yang masih belum dijumpai sehingga kini mencuri perhatian. Menerusi video dimuat naik Malaysia Gazette, Raja Bomoh berkenaan memaklumkan kehadirannya ke lokasi kejadian adalah untuk membantu pasukan mencari dan menyelamat (SAR) mencari mangsa tanah jerlus, Vijayaletchumy, 48.

Saya datang ke sini sebab saya lihat mereka (pasukan penyelamat) sudah berhari-hari menjalankan usaha pencarian, namun masih belum menemui mangsa. Justeru, saya mahu membantu pencarian mangsa menggunakan kaedah tertentu sekiranya dibenarkan pihak berkuasa,” katanya di lokasi kejadian. Dalam video dimuat naik, Ibrahim dilihat merenjis air ‘istimewa’ di sekitar lokasi berhampiran mangsa dari Kuppam, Andhra, India dilaporkan terjatuh ke lubang sedalam lapan meter.

Sebelum ini,  empat individu dilaporkan membawa bunga kekwa berwarna kuning menarik perhatian orang ramai yang berada di lokasi kejadian sekitar jam 1.10 tengah hari sebelum melakukan upacara keagamaan hampir 10 minit. Upacara tu dipercayai sebagai alternatif mencari mangsa yang masih belum ditemui.

Op SAR ini dijalankan sejak Jumaat lalu itu membabitkan beberapa agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Indah Water Konsortium (IWK). Sekadar info, kawasan Jalan Masjid India ditutup dengan garisan kuning dan dikawal ketat oleh anggota bertugas atas faktor keselamatan.

Turut dilaporkan satu lagi tanah mendap dikesan kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian tanah jerlus berlaku kira-kira pukul 2.30 pagi tadi akibat hujan lebat semalam. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.