Teruk kena kritik dengan warganet sebab buat lawak lch, Maryam tampil buat permohonan maaf

Personaliti media sosial, Maryam mohon maaf berhubung video tular yang mendakwa suaminya, Ryzal Ibrahim melawak secara lch atau ‘double meaning, semalam. Maryam atau nama sebenanrya Maryam Younarae berkata, salah faham telah berlaku dan dia tampil memohon maaf sekiranya kata-kata suami mengguriskan hati orang ramai. Pasangan suami isteri yang terkenal dengan nama pentas Durian Kimchi menjadi bualan ramai selepas Ryzal membuat lawak ‘lch’ ketika berada di pasar raya untuk memilih tembikai.

Jelas Maryam, salah faham itu timbul ketika dia sedang bercakap bahasa Korea dengan suami. Pun begitu, pempengaruh asal Korea Selatan itu tampil membuat permohonan maaf dan telah menegur suaminya. “Sebenarnya ketika situasi itu, ada ayat yang saya bercakap dalam bahasa Korea dengan suami. Mungkin orang yang menonton ada salah faham sedikit. Jika ada yang rasa sebegitu, saya minta maaf. Saya pun sudah menegur Ryzal. Saya harap kita semua tidak menyimpan rasa benci, itu bukanlah sesuatu yang baik,” katanya.

Tambah Maryam, dia juga tidak menyukai lawak bersifat ‘double meaning’ dan sudah pasti akan menyunting pada bahagian tersebut sebelum dimuat naik di media sosial. Jelasnya lagi, pada ketika itu dia sedang bertutur dalam bahasa Korea dan ia berlaku secara spontan. “Saya sendiri pun tak suka lawak ‘double meaning’. Namun, situasi antara saya dan suami dalam video berkenaan ada makna berbeza, bukannya lawak ‘double meaning’. Saya sebut bahasa Korea dan ia sangat spontan, apa pun saya minta maaf.

Sebenarnya saya tak tahu dan tak sedar perkara itu boleh timbulkan isu. Jka saya tahu, sudah pastinya saya sudah menyunting video terbabit. Kita semua belajar dari kesilapan. Saya tak rasakan ini sesuatu yang serius, jadi saya akan belajar dari kesilapan,” katanya lagi. Terdahulu, personaliti media sosial, Ryzal Ibrahim atau nama sebenarnya Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim dikritik warganet selepas mengaitkan saiz bahagian tapak tembikai itu dengan isteri dan anaknya telah mengundang rasa tidak puas hati ramai.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.