BAPA penyanyi Allahyarham Nidza Afham iaitu Mokhtar Mahmud mendapat firasat akan bertemu mayat anaknya ketika melaungkan azan di sekitar jambatan Sungai Klang pada petang Rabu. Perkara tersebut dikongsi oleh kakak sulung kepada Nidza iaitu Irfahanie yang juga turut berada di sekitar kawasan myt adiknya ditemukan. “Ayah cakap masa melaungkan azan, dia sudah ada firasat Nidza berada di situ. Tapi ketika itu masih belum ada kepastian,” katanya kepada mStar.
Irfa ditemui di Unit Forensik Hospital Shah Alam, Selangor ketika jenazah Allahyarham Nidza dibawa tujuan bedah siasat. Berkongsi lanjut Irfa memberitahu mayat adiknya itu ditemui oleh orang awam yang sedang memancing di kawasan berkenaan. “Ada seorang lelaki beritahu dia sudah nampak myt itu sekitar pukul 3 petang (Rabu) tetapi tidak timbul sepenuhnya.
Kemudian sekitar pukul 5 petang barulah nampak myt sepenuhnya dan dia melaporkan kepada pihak polis. Ketika itu saya dalam perjalanan pulang dan kembali ke lokasi bagi tujuan pengecaman myt,” ujarnya. Tambah Irfa myt dipercayai sudah berada di kawasan berkenaan sejak lewat malam Selasa sebelum ditemui.
Irfa juga memberitahu dia dan keluarga masih tidak dapat pastikan punca pemergian adiknya itu. “Kita menemui telefon bimbit dia. Kami periksa, tiada sebarang unsur jnyh, hutang atau yang pelik-pelik. Arwah juga banyak menghabiskan masa di rumah sejak kebelakangan ini selepas melalui proses pembdhn akibat kecederaan pada lutut. Dalam nota di telefon bimbit pun hanya ada perancangan berkahwin dan belanjawan tapi dia belum ada tarikh kahwin,” kongsinya.
Penemuan Nidza, 23, disahkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan yang memberitahu mayat lelaki lelaki ditemukan di sekitar jambatan Sungai Klang adalah Nidza. Jenazah akan melalui proses bedah siasat sebelum dikebumikan pada Khamis di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Cerakah, Shah Alam.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.