Sampai masuk wad sebab jangkitan kuman, pemuda ni kongsikan pengalaman ngeri abang kena gigit dengan kucing kesayangan

Di Aplikasi X, seorang pemuda yang dikenali sebagai Jat Ikhwan berkongsi pengalaman ngeri yang menimpa abangnya selepas digigit kucing kesayangannya. Menerusi ciapan tersebut, Jat menjelaskan gigitan daripada kucing itu telah menyebabkan abangnya dimasukkan ke dalam wad akibat jangkitan kuman. Menurut Jat lagi, dia juga tidak menyangka gigitan kucing itu begitu merbahaya sehingga boleh menyebabkan tangan abangnya bengkak.

“Tak pernah tahu gigitan kucing boleh jadi sebahaya begini. Semalam abang aku kena gigit dengan kucing aku, mungkin disebabkan kucing aku tak kenal dia atau cara abang aku mungkin tidak betul menyebabkan dia digigit dengan agak dalam. Sampai berlubang dan kena masuk wad buang air bisa. Kesian weh tak pasal pasal.”

Akibat daripada insiden itu, Jat memaklumkan dia terpaksa mengurung kucingnya kerana bertindak terlalu agresif. “Sebab dia nakal sangat gigit orang sampai kena masuk wad, terpaksalah kurung dia dalam sangkar dan tak bebas buat sementara waktu. Masalahnya dengan aku dia okay saja.”

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.