POLIS menasihati orang ramai agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan negatif berkaitan kematian abang kepada penyanyi Aufahanie iaitu Nidza Afham. Menurut Ketua Polis Selangor iaitu Datuk Hussein Omar Khan, pihak berkuasa juga sudah mengesahkan tiada sebarang dokumen atau barang kepunyaan Nidza yang hilang seperti di dakwa sebelum ini. Malah kata Hussein, ahli keluarga Allahyarham juga tidak membuat laporan polis berkenaan dengan barang mangsa yang hilang.
“Orang ramai diingatkan untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan negatif atau perkara yang tidak pasti berkaitan siasatan kes ini,” katanya. Pada Rabu lalu, Aufa atau Aufahanie Mokhtar, 21, berkongsi berita kehilangan Nidza yang memohon orang ramai mengesan atau memberi sebarang maklumat dalam usaha menjejakinya. Polis mempercayai kehilangan Nidza berkaitan dengan kes samun susulan kehilangan kad debit dan wang tunai, manakala kad pengenalan, kad pelajar dan gambar disimpan dalam dompet tidak terusik.
Bagaimanapun tidak sampai 24 jam pencarian, myt Nidza ditemukan sekitar pukul 7 petang kira-kira satu kilometer dari lokasi lelaki itu dilaporkan hilang iaitu di jambatan Sungai Klang. Penemuan itu turut disahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan selain pengecaman myt dibuat oleh ahli keluarga berdasarkan wajah dan baju jersi dipakai. Selepas bedah siasat dilakukan, Hussein memaklumkan kematian Allahyarham diklasifikasikan sebagai mti mengejut (SDR).
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.