Baru balik dari tunaikan ibadah haji bulan lalu, Raja Azura akui ikhlas berhijab

Pengacara, Raja Azura ikhlas berhijab selepas pulang menunaikan ibadah haji pada Julai lalu. Raja Azura atau lebih mesra disapa Kak Engku berkata, keputusannya untuk berhijab adalah atas pilihan sendiri, lebih-lebih lagi usianya sudah semakin meningkat. “Apabila sudah sampai waktu, kita berubah menjadi seorang yang lebih baik. Kita semua makin lama makin meningkat usia. Saya tidak seperti orang lain yang mendapat mimpi dibakar sebelum memilih untuk bertudung.

“Saya lakukan dengan ikhlas kerana Allah dan sedar menutup aurat ini adalah tanggungjawab dan wajib kepada diri saya,” katanya. Menurut pengacara berusia 52 tahun, dia sudah puas dengan imej yang digayakan sebelum ini. Dalam pada itu, Raja Azura juga memohon orang ramai mendoakan perkara yang baik kepada mereka yang belum berhijab. “Saya sudah lalui macam-macam dalam hidup ini. Kita semua melalui proses kehidupan tidak kira baik atau buruk. Kalau ada dalam kalangan kita belum bertudung, jangan menyalahkan individu itu kerana mereka juga milik Allah.

Setiap orang akan melalui pelbagai dugaan dalam hidup. Jika tiada ujian, tidak mungkin mereka mampu menjadi seorang yang matang. Jadi, kena selalu berfikiran positif untuk orang lain. Belum tentu yang sudah bertudung itu hatinya baik, jadi perbetulkan diri sebelum nak istiqamah,” katanya lagi. Raja Azura juga menitipkan pesanan buat orang di luar sana supaya ikhlas berhijab kerana Allah dan bukannya mahu kelihatan cantik. Katanya, jemputan mengerjakan rukun Islam kelima itu adalah sesuatu yang tidak disangka-sangka.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.