PELAKON Remy Ishak dan isteri belum terfikir untuk menambah cahaya mata kedua dalam masa terdekat. Remy atau Mohammad Zalimie Ishak, 42, berkata, mereka mahu menunggu jarak masa sesuai iaitu tiga tahun lagi selain ingin melihat anak pertamanya iaitu Tuah Alam membesar. “Alhamdulillah Tuah sudah masuk usia setahun, sebagai bapa saya semakin teruja sebab semakin dia besar lebih banyak interaksi dan ‘bonding’ kami.
Masa memang cepat berlalu tapi kami belum bersedia untuk berikan Tuah adik sebab dia pun baru setahun, insya-Allah lagi tiga tahun baru fikir perancangan anak kedua pula,” katanya. Dalam pada itu, Remy memberitahu Tuah banyak mengubah dirinya malah merasakan lebih matang berbanding sebelum ini. “Sejak ada anak proses perubahan dan menjadi matang itu memang berlaku, apatah lagi saya pun sudah berusia 40-an,” katanya.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.