Madu pempengaruh sensasi, Marissa Dania iaitu Umisya Mazlan tidak dinafikan semakin dikenali ramai selepas terbabit kontroversi bersama anak kepada pelakon, Abby Abadi dan Norman Hakim itu. Ia susulan rezeki Umisya yang kini mula berkecimpung menjadi model tudung. Meskipun begitu, Umisya atau lebih mesra disapa sebagai Misya ini mengakui tidak mencari populariti, sebaliknya dia hanya mahu kebahagiaan bersama suami dan anak-anak.
“Kalau awak bagi saya pilihan wang ringgit, terkenal dunia, kekayaan ataupun hidup harmoni bahagia bersama suami dan anak-anak. Saya pilih bersama keluarga. Sungguh, ini (populariti) tidak membawa kebahagiaan pun,” tulisnya. Umisya berkata demikian membalas komen salah seorang warganet yang mendakwa nama Umisya dikenali ramai gara-gara Marissa.
Sebelum ini, nama Marissa hangat menjadi buah mulut ramai selepas menjadi isteri kedua kepada jejaka bernama Ahmad Aslam tanpa pengetahuan keluarga dan Misya dalam satu majlis pernikahan berlangsung di Songkhla, Thailand pada 27 Disember lalu. Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.