Kongsikan video dakwah pasal buka aib, Ruhainies bimbang segala amalan dia jadi sia sia

Pelakon sensasi, Ruhainies berkongsi satu petikan video dakwah yang mengulas tentang membuka aib orang lain. Video tersebut dipetik daripada Calipha Channel memaparkan seorang ustaz menjelaskan sekali sahaja kita membuka aib seseorang, maka seluruh amalan sejak lahir akan hilang. Dalam muat naik di Instagram Story (IGs) itu, Ruhainies menyedari dirinya tidak sempurna sekali gus berharap agar dia dijauhkan daripada perbuatan membuka aib orang lain kerana bimbang segala amalannya menjadi sia-sia.

“Saya tak sempurna, tak ada sesiapa pun. Tetapi Ya Allah peliharalah hatiku untuk tidak membuka aib sesiapa. Janganlah segala amalku sia-sia. Amin Ya Rabbalallamin,” katanya. Sebelum ini, Ruhainies menyambut ulang tahunnya yang ke-32 dalam majlis doa selamat bersama anak-anak tahfiz meraih pujian ramai.

Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.