Walaupun sudah lama tidak berjumpa, namun pelakon Salina Saibi masih berhubung dengan pengarah sensasi, Syamsul Yusof menerusi kiriman mesej. Salina memberitahu sahabatnya itu dalam keadaan baik dan tiada apa yang perlu dibimbangkan meskipun berita berkaitan perpisahan terhadap Ira Kazar sudah tersebar luas.
“Saya tidak ada berjumpa dengannya, saya hanya banyak berkomunikasi dengan dia di DM. Dia selalu cakap dengan saya jangan risau, dia okay. Dia ada kata sebagai manusia tak lepas daripada buat kesilapan. Dia masih sayangkan keluarganya. Sama-samalah kita doakan yang terbaik buat Syamsul. Saya selalu pesan walau apa pun terjadi, carilah jalan yang terbaik,” katanya.
Pun begitu, aktres yang berusia 42 tahun itu akui terkejut dan sedih setelah mendapat tahu konflik rumah tangga yang dialami oleh Syamsul. Dia yang sudah 15 tahun bersahabat dengan pengarah terbabit bersimpati nasib yang menimpa Syamsul namun, berharap segala urusannya dipermudahkan.
“Sebagai kawan lama, kami selalu bertanyakan khabar masing-masing. Kami dah bersabahat lama sejak filem Bhsia lagi. Sukar nak gambarkan apa perasaan saya selepas mendengar berita tentang Syamsul. Saya hanya berharap agar urusan dia dipermudahkan. Mungkin ada hikmah tersembunyi yang kita tak tahu. Hanya Allah sahaja yang tahu. Jadi apabila berlaku perkara sebegini (penceraian) dalam hidup dia, sebagai kawan sudah tentu saya terasa,” ujarnya.
Terdahulu, tular di media sosial pengarah popular, Syamsul Yusof memfailkan cerai terhadap isternya, Ira Kazar atau nama penuhnya Faghirah Fatini Kazaruddin. Difahamkan, Syamsul memfailkan perpisahan terhadap Ira atas faktor tidak ada lagi persefahaman antara mereka.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.