Sebelum ini, Abby memaklumkan dia tidak tahu menahu soal berita Marissa sudah bersalin bayi pra mata ketika kandungannya baru berusia enam bulan. Lebih menyedihkan lagi, bayi Marissa yang dilahirkan itu kemudiannya pergi menghadap illahi. Terbaru, rata-rata peminat dan warganet cuba memujuk dan memberi kata-kata semangat buat Abby agar tidak mengambil hati terlalu lama terhadap anaknya itu.
Menerusi pemerhatian pihak OhBulan! netizen yakin bahawa Abby sudah melakukan yang terbaik buat kesemua anaknya. Oleh sebab itu, mereka meminta pelakon ‘Gerak Khas’ ini menyerahkan segala urusan dan masalah kepada Allah. Bukan itu sahaja, warganet turut berdoa agar hubungan ibu dan anak ini kembali okay. Selain kata-kata semangat buat Abby, segelintir warganet turut memberi nasihat kepada Marissa. Mereka meminta Marissa untuk menjaga hati dan perasaan seorang ibu serta memohon maaf.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.