Muat naik video hitam putih buat ramai yang sebak, warganet beri kata kata semangat pada Fazura

Pelakon dan usahawan jelita, Nur Fazura meraih perhatian ramai selepas dia berkongsi sebuah video hitam putih di Instagram. Video tersebut memaparkan Fazura berada di stesyen LRT seakan membiarkan train tersebut berlalu pergi. Lebih memilukan, Fazura menggunakan lagu popular Lord Huron berjudul ‘The Night We Met’. Apa yang menarik perhatian adalah dalam video itu Fazura seakan merenung panjang kemudian jalan terus dan tidak menoleh ke belakang semula. Klik sini untuk lihat video.

“Looks like I missed the train,” tulisnya ringkas di kapsyen. Menjengah ke ruangan komen, video Fazura tersebut menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan pengikutnya. Seakan memahami isi hati aktres filem Manisnya Cinta Di Cappadocia itu, segelintir warganet mula membanjiri ruangan komen dengan menitipkan kata-kata semangat kepada Fazura untuk terus kuat menempuh segala ujian.

Sebelum ini, rumah tangga Fazura dan suaminya, aktor Fattah Amin menjadi sebutan ramai apabila mereka dikatakan sudah jarang dilihat bersama. Bagaimanapun dalam satu temu bual bersama media baru-baru ini, Fazura menafikan dakwaan rumah tangganya sedang bergolak. Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.