PENERBIT Datuk Yusof Haslam memberitahu dia sentiasa ambil tahu akan perkembangan anaknya iaitu Syamsul menerusi laporan media meskipun mampu mendengar dan memandang dari jauh, Tambahan pula sekarang ini Syamsul sedang berdepan prosiding mahkamah berhubungan perpisahan dengan isterinya Ira Kazar. Kata Yusof, 71, dia dan isterinya iaitu Datin Patimah Ismail tidak boleh berbuat apa-apa kerana mereka sudah lama tidak berhubung dengan Syamsul.
“Sekarang ini telefon sentiasa di tangan, jadi mestilah kami baca setiap perkembangan berkaitan Syamsul. Ada juga rasa kasihan melihat dia perlu hadir ke mahkamah. Tetapi bagaimana nak beri sokongan sebab hubungan kami tak baik. Apakan daya hubungan telah terputus. Kami hanya mampu doa yang terbaik buat Syamsul dan semoga dia kuat berdepan cabaran kali ini. Semoga apa yang berlaku dijadikan satu pengajaran,” katanya.
Yusof ditemui ketika majlis doa selamat meraikan filem terbitannya iaitu Sheriff: Narko Integriti yang berlangsung di Kuala Lumpur pada malam Khamis. Menurutnya lagi, dia dan isteri juga enggan campur tangan urusan perpisahan Syamsul kali ini. Malah penerbit ini juga sekali lagi menegaskan isterinya tidak pernah merasa senang atau bergembira apabila mendengar khabar rumah tangga anaknya berdepan masalah.
“Saya tak boleh nak cakap isteri suka mereka berpisah. Isteri saya tidak cakap yes or no. Tidak adil untuk kami doakan perpisahan mereka. Kalau ada yang kata mereka berpisah sebab tidak mendapat restu… saya boleh katakan jodoh Allah tentukan. Kami bagaikan hilang kata-kata. Saya juga tidak mahu apa sahaja yang diperkatakan akan disalah erti,” ujarnya. Bagi Yusof biarpun anaknya itu sudah lama tidak pulang ke pangkuan keluarga, namun Syamsul akan sentiasa membawa nama dan legasi sebagai seorang penggiat seni.
“Kami rindukan anak. Namun dalam mencari kedamaian, tuan punya diri harus mulakan. Apa yang dirasakan, kami simpan sahaja. Tidak pernah marah atau dendam. Dalam usia begini saya hanya mahukan kedamaian, namun mungkin tidak berlaku pada saya. Ini adalah ujian dalam hidup,” luahnya. Pada 19 Ogos lalu Syamsul memfailkan talak terhadap Ira yang juga anak kepada pelakon Kazar Saisi. Sebutan pertama perpisahan mereka berlangsung pada 27 Ogos lalu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dan ketika itu peguam memaklumkan Syamsul sedia melafazkan talak.
Bagaimanapun kedua-dua mereka tidak hadir pada hari berkenaan dan perbicaraan semula ditetapkan pada 25 September ini. Untuk rekod Syamsul dan Ira bernikah pada 6 Januari 2023 di Selatan Thailand. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.