Penyanyi Shila Amzah membuat keputusan kemungkinan untuk tidak hamil lagi kerana mahu memberikan sepenuh fokus untuk membesarkan dua anaknya, Seth Uwais dan Rhea Akira. Perkara itu didedahkan Shila atau nama lengkapnya Nurshahila binti Amir Amzah susulan menjawab persoalan wargamaya yang bertanya mengapa dia berhasrat untuk tidak mahu menambah cahaya mata lagi.
Selain itu, anak kepada penyanyi Datuk ND Lala itu, berkata agak berisiko sekiranya dia hamil lagi memandangkan telah menjalani dua kali operasi sewaktu melahirkan Seth dan Rhea. “Kita nak anak-anak kita dapat 100% perhatian semampu kita. Lagipun saya dah dua kali caesar, jadi untuk hamil lagi kena tunggu 3 tahun. Masa tu juga usia saya dah mencecah 37, jadi ia agak berisiko untuk saya hamil lagi.”
Tambah pelantun lagu Memori Tercipta itu lagi, kelahiran kedua-dua cahaya matanya itu juga melalui operasi kecemasan. “Sebelum ni, kedua-dua anak saya dilahirkan secara operasi kecemasasan. Jadi cukuplah, dah sepasang.” Untuk rekod, Shila pernah mendirikan rumah tangga bersama Haris Edraki pada 2018 namun berpisah pada Februari 2022. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya maya lelaki, Seth Uwais, 5 tahun.
Shila kemudian mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan pempengaruh, Ubai MZ pada Ogos tahun lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Rhea Akira pada 9 Mei lalu. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.