Atas padang merupakan musuh, Arif Aiman sempat luangkan masa untuk ziarah Faisal Halim di rumah

Pemain tonggak pasukan Johor Darul Takzim (JDT) iaitu Arif Aiman membuktikan persahabatannya dengan pemain sayap Selangor FC (SFC), Faisal Halim begitu akrab meskipun mereka merupakan ‘musuh’ di atas padang. Menerusi perkongsian di Instagram Story (IG Story), Arif memuat naik gambar dirinya yang sempat meluangkan masa untuk menziarahi Faisal di kediaman pemain sayap yang terkenal dengan jolokan ‘Mickey’ itu.

Arif juga dilihat mendoakan agar Faisal segera sembuh dan dipermudahkan segala urusan. “Cepat sembuh dan semoga dipermudahkan segala urusan, Mickey.” Sementara itu, Faisal turut menitipkan ucapan terima kasih kepada Arif kerana sudi meluangkan masa untuk menziarahinya. “Terima kasih Messi (jolokan Arif) datang, good luck untuk perlawanan seterusnya nanti.”

Faisal juga sempat memuat naik gambar anak lelakinya yang difahamkan begitu gembira dengan kehadiran pemain sayap berusia 22 tahun itu. “Syok dia dapat jumpa abang Arif.” Difahamkan, ini adalah gambar pertama buat kedua-dua pemain itu sejak Faisal disimbah asid pada 5 Mei lalu.

Terdahulu, Faisal ditimpa musibah apabil disimbah asid oleh dua individu tidak dikenali di sebuah pusat membeli-belah sehingga terpaksa berehat panjang daripada dunia bola sepak. Difahamkan, ini merupakan gambar pertama Arif dan juga Faisal sejak insiden pemain itu disimbah asid.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.